Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Kedah
Program yang bertujuan untuk membimbing dan membantu pelajar yang tidak menguasai pembacaan Al-Quran hendaklah dilaksana di sekolah-sekolah seperti maklumat berikut:
a. Tempoh pelaksanaan bermula 1 Ogos hingga 14 Oktober 2010
b. Melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
c. Jumlah pelajar tidak ditetap, asalkan tidak menguasai pembacaan Al-Quran
d. Modul tersebut disediakan dalam bentuk cakera padat (CD)
e. Telah dipanjangkan ke sekolah-sekolah melalui UPI, PPD masing-masing.
f. Maklumat terperinci turut dimuat di dalam CD tersebut
g. Sila pastikan pelaporan program dihantar menggunakan format yang
disertakan sebelum 31 Oktober 2010
Harap mendapat kerjasama semua pihak dalam melaksanakan program ini dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Submitted by Ust Mohd Shauqi





